Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS PENYEMPURNAAN PENGURNIAAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, PINGAT KERJA LAMA (P.K.L.)

WhatsApp Image 2025-07-01 at 6.31.20 PM.jpeg

Sesi bergambar ramai Yang Berhormat​ Menteri Pembangunan, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan Jabatan Ukur dan para penerima pingat dari Jabatan Ukur. 


​Bandar Seri Begawan, 01 Julai 2025 - Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyempurnaan Pengurniaan PingatPingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis berlangsung di Dewan Mawaddah, Setia Point, Berakas. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan. 

Seramai 134 penerima Pingat Kerja Lama (P.K.L) diraikan pada majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan diteruskan dengan penyampaian Pingat Kerja Lama yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. 

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; dan Yang Mulia Ir. Awang Norazmi bin Othman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, serta para penerima yang terdiri dari pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya. 

Majlis ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan dari Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada individu yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun atas jasa dan sumbangan bakti yang telah diberikan sepanjang mereka berkhidmat.


Sumber: Siaran Akhbar Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pembangunan

Attachments